Monday, August 15, 2016

PENJAGAAN KULIT MUKA

Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya anda inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara dan langkah yang betul.
1. Cuci Muka Setiap Hari
Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan. Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapan yang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh meny
egarkan badan anda.
2. Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat
Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.
3. Bilas Dengan Sempurna
Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalah terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.
Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.
4. Keringkannya Dengan Betul
Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda berkemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.