Thursday, October 20, 2016

6 cara mudah CEGAH jerawat

punca masalah jerawat & penyelesaiannya
1.Tak Jaga Kebersihan Tangan
Salah satu kesalahan yang kerap terjadi ketika membersihkan wajah ialah anda tidak menjaga kebersihan tangan. Anda membiarkan tangan anda berada dalam keadaan kotor. Jika anda tidak mencuci tangan sebelum membersihkan wajah, ini bermakna anda juga tidak mencuci wajah anda sebersih-bersihnya. Dengan keadaan tangan anda yang kotor, segala kotoran, minyak dan bakteria di tangan dengan mudah boleh berpindah ke wajah anda. Oleh sebab itu, mencuci tangan terlebih dahulu adalah perkara penting yang harus anda lakukan ketika membersihkan wajah.
2. Salah Pilih Pembersih Muka
Cara hilangkan jerawat paling mudah ialah anda harus gunakan pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh ramai wanita adalah menggunakan pembersih muka yang tidak sesuai dengan jenis kulitnya.masih ramai yang tidak tahu apa jenis kulit wajah dan masih menggunakan pembersih muka yang salah.
3. Proses Pengelupasan Kulit Yang Kerap
pengelupasan kulit merupakan perawatan kulit yang tidak boleh diabaikan dan ia termasuk juga dalam cara untuk hilangkan jerawat. Tetapi, jangan terlalu kerap melakukannya. Jika terlalu kerap, kulit boleh teriritasi dan membuatkan minyak semulajadi kulit terlalu banyak terangkat sehingga mengundang kekeringan.
Bagi anda yang jarang melakukan pengelupasan wajah, harus beri perhatian.  Ia akan membuatkan wajah menjadi kotor dan kasar kerana sel kulit mati terlalu banyak menimbun.  Pengelupasan yang sebaiknya dilakukan sekali ataupun dua kali dalam seminggu. Malam hari adalah waktu yang paling ideal untuk proses pengelupasan kulit, kerana pada malam hari kulit anda akan menghasilkan sel-sel kulit baru.
4. Terlalu Kerap Mencuci Wajah
Apa sahaja jenis kulit anda, membersihkan wajah terlalu kerap juga adalah perkara yang tidak baik untuk kulit wajah. Selain boleh merosakan wajah, mencuci muka terlalu kerap juga boleh membuatkan kulit iritasi dan kering. Bagi anda yang memiliki wajah jenis berminyak, kulit boleh menjadi semakin banyak minyak akibat terlalu kerap anda membersihkannya. Sebaiknya, bersihkan wajah dua kali sehari. Tetapi, jika anda bersukan, cara hilangkan jerawat, tentu sahaja anda perlu membersihkan wajah lebih daripada dua kali.
5. Bilasan Yang Kurang Bersih
Setiapkali  anda mencuci muka, pastikan anda telah membersih dan membilasnya dengan  bersih. Menghilangkan sabun pada kulit dapa mengeringkan dan iritasi wajah. Sama juga jika anda mengggunakan tisu mekap untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran mekap. Walaupun cara sebegini nampak mudah, tetapi tahukan anda kulit masih tetap perlu dibilas bersih untuk menanggalkan sisa-sisa solekan yang masih melekat itu.
6.  Guna Air Suam Atau Air Sejuk?
Suhu air yang terbaik untuk membersihkan wajah ialah air suam. Namun, jika anda menggunakannya terlalu panas ia boleh menggeringkan kulit. Manakala air yang terlalu sejuk pula boleh merosakkan pembuluh kapilari pada wajah