terdapat pelbagai perawatan bagi masalah2 kulit ini.
JOM kita kenal masalah-masalah kulit yang biasa dialami
- JERAWAT
- Jerawat adalah masalah biasa dialami tidak mengira peringkat umur. jerawat boleh menjadi kebimbangan jika berlaku infeksi. punca utama masalah jerawat adalah disebabkan ransangan hormon yang mengakibatkan penghasilan sebum yang berlebihan. sebum yang berlebihan akan menggalakkan pertumbuhan kuman dan menyebabkan liang pori tersumbat
- alahan pada makanan laut ataupun habuk juga boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat
- JERAGAT dan PIGMENTASI
- terdapat pelbagai jenis jeragat seperti tompok2 hitam, bintik2, tanda penuaan. masalah ini menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata.
- punca jeragat adalah kerana penghasilan melaninyang berlebihan akibat pendedahan sinaran UV yang keterlaluan dan merosakkan kulit
- TONA KULIT TIDAK SEKATA
- tona kulit tidak sekata merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh masyarakat kita. kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
- kurang rehat, kurang tidur, tekanan, penghasilan kolagen kurang dan tabiat penjagaan kulit yang tidak sempurna boleh menjadi faktor tona kulit tidak sekata.
- LINGKARAN GELAP PADA MATA
- disebabkan oleh hyperpigmentasi, kerap menggosok mata, pendedahan kepada cahaya dan juga faktor genetik
- kurang rehat/tidur juga boleh menjadi faktor lingkaran gelap pada mata
- GARISAN HALUS PADA WAJAH / KEDUTAN/ PENUAAN KULIT
- faktor penuaan menyebabkan kulit menjadi semakin nipis dan kering. faktor yang menyebabkan garisan halus dan kedutan adalha disebabkan terdedah dengan sinaran UV merbahaya untuk tempoh yang lama
- faktor usia juga menjadi punca
- KULIT BERMINYAK
- pada kebiasaannya kulit berminyak mempunyai liang pori yang besar, mudah dihinggapi jerawat dan bintik hitam mudah muncul. masalah ini disebabkan oleh kalenjar minyak terlalu aktif dan penghasilan sebum berlebihan. liang pori kulit menjadi besar dan mudah tersumbat
- KULIT SENSITIF DAN KERING
- Apabila kulit terlampau kering, kulit akan menjadi terlalu sensitif. kulit menjadi semakin lemah dan mudah menggelupas